Thursday, June 23, 2011
Wednesday, June 22, 2011
PENGGUNAAN METER PELBAGAI
Meter pelbagai analog
Meter pelbagai digital
1.2 Penggunaan meter pelbagai
= Mengukur rintangan (dalam unit Ohm)
= Mengukur arus (dalam unit Ampere)
= Mengukur voltan (dalam unit Volt)
= Menguji keterusan litar/ fius
Bahagian utama meter pelbagai
Pelaras sifar Ohm = menyelaras jarum penunjuk kepada sifar semasa mengukur rintangan
Skala = sebagai penunjuk nilai voltan arus terus/ ulang-alik dan nilai rintangan
Julat = kadar sukatan yang hendak diukur
Skru pelaras sifar = menyelaras jarum penunjuk kepada sifar bagi mengukur arus & voltan
Tombol pemilih julat = untuk memilih voltan/ rintangan/ arus
Jarum penunjuk = menunjukkan bacaan pada skala
Punca positif = untuk terminal prob merah
Punca negatif = untuk terminal prob hitam

PENYELARASAN KERJA KURSUS
Penyelarasan kerja kursus akan berlangsung dari tarikh 17/7/2011 hingga 27/7/2011 untuk seluruh negeri kelantan.Modul 4 iaitu bagi tingkatan 3, pentaksir akan menyelaras bagi modul 4 sambil2 itu modul 1 2 3 pun akan diimbas juga. Nampoknya, kena mengurung dan mula memintaslah budak2 yang liat buat kerja kursus ini..harap dapat siapkan sebaik mungkin.
Tuesday, June 21, 2011
Monday, June 20, 2011
MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan
telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.
Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan
Mulakan setiap usaha dengan Basmallah
بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Doa penerang hati
أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
- Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di bilik peperiksaan. -
Doa apabila terlupa
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.
- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -
Doa minta tambah ilmu
آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى
وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا
Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu
yang engkau kurniakan kepadaku,
Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku
serta tambahilah daku ilmu pengetahuan
- Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan -
Doa mendapat petunjuk
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
-Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa mendapat petunjuk. -
Doa mudahkan hafalan
آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
- Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan hafalan.

Sunday, June 19, 2011
Langkah keselamatan
1. 4M = membersih, menyusun atur, menilai & mendisiplin
Membersih
= kebersihan fizikal seperti pakaian, menggunakan apron & kasut getah
= kebersihan mental, memberi tumpuan semasa menjalankan kerja di bengkel
Menyusun atur
= semua alatan & bahan mestilah disusun di tempat asalnya agar mudah digunakan
Menilai
= murid menilia diri sendiri dari aspek hasil kerja, keadaan tempat kerja serta ketepatan langkah kerja
Mendisiplin
= peraturan keselamatan mestilah sentiasa diamalkan
= penggunaan alatan mestilah betul & langkah kerja mesti dipatuhi
2. Langkah/Peraturan keselamatan
1. Peraturan keselamatan bengkel
tidak bermain dibengkel
tidak menumpahkan minyak di atas lantai
pastikan bengkel cerah & pengudaraan baik
pastikan bengkel dilengkapi alat pemadam api & peti pertolongan cemas
Jenis alat pemadam api
Air, A = untuk kebakaran pepejal seperti kayu,kain, plastik & sampah
Buih, B = untuk kebakaran cecair seperti cat, minyak, petrol, lekar gas & thiner
Karbon dioksida, BC = kebakaran minyak, cat, lekar, gas & alat elektrik
Debu kering, ABC = semua jenis bahan
2. Peraturan keselamatan alatan
simpan semua latan di tempat asalnya
simpan semua bahan yang tidak digunakan dalam stor
sim bahan mudah terbakar di tempat selamat
gunakan alatan tangan yang betul
pastikan alatan tangan & mesin dalam keadaan baik
3. Peraturan keselamatan diri
rambut pendek & kemas
kemeja & baju lengan panjang dilipat
tali leher ditanggalkan atau dimasukkan dalam apron
memakai kasut
menggunakan gogal bila perlu
semasa menggunakan mesin ikut arahan guru
tutup suissebelum membuat penyesuaian plag
dapatkan kebenaran guru sebelum menggunakan mesin
melaporkan & merekodkan sebarang kemalangan/ kecederaan kepada guru

Peta Minda
Kaedah membuat nota jenis peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan . Kaedah ini lebih menitikberatkan grafik
dan kata kunci . Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan kaedah biasa kerana kita dapat menyeimbangkan
pengguanaan otak kiri dan otak kanan . Di samping itu , peta minda merupakan kaedah yag berkesan untuk mendapatkan
semuala makluat daripada ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat .
Peta minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman . Melalui peta minda , kamuberhubung secara
aktif dengan maklumat dalam ingatan kamu seoalah-olah kamu berbicara dengan daya ingatan kamu sendiri . Segala
maklumat yang kamu susun dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan secara tepat dan mudah difahami .
PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA
-Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak , dan pernafasan
biarlah betul
-Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap
penumpuan belajar
-Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan / latihan , gambar
rajah dan carta
Baca keseluruhan teks dengan laju
Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting
Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda
-Bina peta minda
KAEDAH MEMBUAT PETA MINDA
-Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas
-Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan berbeza supaya lebih menarik
-Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk utama tersebut .
-Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya
-Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah . Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi
-Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut . Gunakan simbol
-Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan . Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kamu
mengingatinya
-Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta . Jika boleh , kamu gunakan warna yang berbeza antara
ranting-ranting kecil ini

Bagaimana membaca dengan berkesan?
1. Teknik Membaca KWLH
2. Teknik Membaca SQ3R
3. Skimming and Scanning
Salam Cemerlang buat SEMUA.......seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh karena itu guru perlu membimbing pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut; untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kepahaman tentang sesuatu konsep untuk mengumpul pelbagai teknik membaca yaitu membaca pantas membaca kritis.
Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.
Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca), W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca), L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca), H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya), Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembaca (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.
Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.
Teknik Membaca SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan suatu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (Survey) tinjau
Q (Question) soal/tanya
R (Read) baca
R (Recite) imbas kembali tau nyatakan secara lisan
R (Review) baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bagian-bagian buku atau teks. Disini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas yaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu ciri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasnya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan coba mencari jawaban kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencoba mendapat segala jawaban kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kepahaman dan keinginan sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga, setelah selesai membaca pelajar coba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasnya. Pelajar juga boleh coba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bagian-bagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawaban-jawaban kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Skimming dan Scanning
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mau pun bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada ide penting setiap perengan untuk mendapat gambaran umum. Ide-ide khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sebuah buku pula. Fokus kita diberikan kepada bagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bagian-bagian tertentu yang dipikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adalah lebih cepat dari pada pembacaan cara skimming.
Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan. Jika bahan berkenan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.Selamat Cemerlang!!

Subscribe to:
Posts (Atom)