Tuesday, October 21, 2008

syor guru kegiatan luar diberi subsidi minyak

Oleh Amin Ridzuan Ishak

Tiada pengangkutan khas bebankan pendidik bawa pelajar

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran memberikan subsidi petrol dan diesel khusus kepada guru yang terpaksa membawa murid di luar kawasan sekolah.

Presiden NUTP, Anuar Ibrahim, berkata kini guru terpaksa menanggung perbelanjaan mengisi minyak kenderaan bagi membawa murid terutama untuk aktiviti di luar kawasan sekolah berikutan ketiadaan pengangkutan khas disediakan.
Katanya, ini jelas membebankan guru dan walaupun mereka boleh membuat tuntutan semula terhadap perbelanjaan itu, prosesnya mengambil masa panjang dengan guru tidak boleh bertahan menunggu pembayaran tuntutan semula itu.

“Kita minta subsidi diesel dan petrol daripada kerajaan bertujuan meringankan beban guru, terutama yang mengajar di kawasan kurang pengangkutan awam atau sekolah tiada bas sendiri seperti di pedalaman.

“Mereka terpaksa membawa murid ke sesebuah destinasi atau menghantarnya pulang berikutan ketiadaan pengangkutan.
“Guru di bandar tidak mengalami masalah seperti ini kerana kemudahan (pengangkutan) mencukupi,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, pihaknya mencadangkan dua pendekatan digunakan kerajaan bagi membolehkan penjimatan dilakukan walaupun pemberian subsidi itu diberikan kepada guru terbabit.

“Satu, subsidi hanya diberikan kepada guru mengajar di sekolah tidak mempunyai bas sendiri atau tiada pengangkutan awam.

“Mereka memerlukannya kerana terpaksa menggunakan kenderaan sendiri berikutan situasi dihadapi.
“Langkah kedua dengan membekalkan sebuah bas dilengkapi pemandu kepada sekolah mempunyai lebih 1,000 orang dan ‘coaster’ kepada sekolah kurang 1,000 pelajar.

“Dua pendekatan itu boleh diambil kerana tidak semua sekolah sesuai serta boleh dibekalkan bas yang bergantung kepada bentuk geografi kawasan,” katanya.

Guru Bukan Siswazah Gred DG44 Berpeluang Naik Pangkat Lebih Cepat

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Guru-guru bukan siswazah gred DG44 turut berpeluang dinaikkan pangkat ke gred DG48 secepat guru siswazah, kata Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Anuar Ibrahim hari ini.

Ekoran itu, katanya kumpulan guru terbabit diminta mengemukakan butiran prestasi dan pengalaman mereka kepada NUTP bagi membolehkan satu kertas kerja dipanjangkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung perkara itu.

" Maklumat ini akan membantu JPA mempercepatkan proses kenaikan pangkat itu," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai Persidangan Perwakilan tri-tahunan NUTP kali ke-18, di sini hari ini.

Beliau berkata perbincangan dengan JPA Selasa lepas diadakan berikutan ramai guru bukan siswazah gred DG44 berpendapat adalah tidak adil guru siswazah yang memperoleh kenaikan pangkat lebih cepat daripada mereka sedangkan mereka lebih lama menabur bakti kepada negara dan masyarakat dalam bidang pendidikan.

"Jika isu ini dibiarkan berlarutan, ia akan melahirkan suasana tidak harmoni di sekolah terutamanya dalam urusan perkhidmatan dan pengurusan sekolah," katanya.

Mengenai persidangan NUTP yang akan diadakan di Batu Ferringhi, Pulau Pinang dari 24 hingga 27 Ogos ini, Anuar berkata satu daripada 65 isu yang akan diusulkan nanti adalah berkaitan subsidi minyak untuk guru yang menghantar pelajar mereka melakukan aktiviti ko-kurikulum di luar kawasan sekolah.

Katanya isu ini amat penting untuk dibahaskan kerana ia melibatkan keselamatan dan insurans pelajar dan guru yang dalam perjalanan.

-- BERNAMA

Bekas Cikgu KH

Idea ‘gila-gila’ hasilkan makanan sendiri

Oleh LAUPA JUNUS


TANAMAN padi di belakang rumah Ismail Payamin yang menunggu masa untuk di tuai.

Agak sukar membayangkan bagaimana agaknya apabila belakang rumah yang bukan kawasan bendang tetapi dipenuhi dengan tanaman padi.

Lebih menarik, jika tanaman padi tersebut yang jaraknya hanya beberapa meter di belakang rumah menjadi sumber beras untuk makanan harian.

Lazimnya, bagi penduduk kampung, ternakan ayam, itik, telur dan tanaman sayur-sayuran diusahakan di belakang rumah untuk sajian harian tetapi beras terpaksa juga dibeli di kedai.

Namun, bagi seorang bekas guru, Ismali Payamin, 50, beliau cuba untuk mengubah kelaziman itu dengan menanam dan menternak sendiri sumber-sumber bahan asas keperluan dapur itu.

Caranya ialah dengan memanfaatkan kawasan sekeliling rumahnya di Kampung Sungai Kembung Hilir, Bangi, Selangor dengan diusahakan pelbagai aktiviti pertanian termasuk tanaman padi.

Tanaman padi diusahakan tanpa menggunakan air yang banyak memandangkan tanah di sekeliling rumah tersebut bukan kawasan semula jadi sawah yang boleh menyimpan air.

Di kawasan itu juga, Ismail menternak ayam yang digelarnya sebagai ayam katan bermaksud kacukan ayam kampung dan hutan.

Di satu sudut lain, dia membuka kawasan kecil untuk menternak ikan keli, juga dalam proses kajian untuk menjadikannya lebih sedap.

Segala usahanya itu yang boleh mencetuskan hasil ‘serba mungkin’ sebenarnya lahir daripada sikapnya yang ‘gila-gila’ dengan penyelidikan.

Ismail bersara daripada perkhidmatan perguruan pada 1995 selepas memulakan khidmat pada 1980.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau yang berasal dari Cheras, berkelulusan teknikal dari Maktab Perguruan Ilmu Khas , Kuala Lumpur mengajar dalam bidang kemahiran hidup.

Selepas bersara atas pilihan sendiri, dia pada mulanya membuka pusat memancing ikan air tawar di Bandar Baru Bangi.

Selepas tidak lagi meneruskan tersebut, Ismail memulakan usaha dengan menjalankan teknik pembiakan ikan keli dengan mengacukkan mana-mana spesies.

“Saya mencubanya untuk mencari kelainan rasa keli yang lebih sedap,’’ ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Bangi, baru-baru ini.

Malah, Ismail boleh berbangga kerana telah berjaya menemui apa yang dinamakan varieti baru hasil kacukan dua spesies keli tahun lepas.

Ismail juga bersedia membimbing mana-mana individu yang berminat mempelajari teknik aruhan itu di rumahnya jika ada kelapangan dan mengikut permintaan.

Pada masa sama, beliau turut mencuba menjalankan kajian mengenai pembenihan cendawan tetapi dihentikan buat sementara kerana banyak masalah.

Selepas usaha-usaha ‘penyelidikan tersebut’, Ismail akhirnya mencuba tanaman padi di belakang rumahnya.

Sebelum itu, beliau berkunjung ke Sumatera, Indonesia untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan tanaman padi di negeri berkenaan.

“Saya mencuba tanaman padi dengan benih yang dihasilkan oleh MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) iaitu MR219,’’ katanya.

Dia mencuba tanaman padi bagi mengurangkan beban perbelanjaan ekoran harga beras yang terlalu mahal pada masa ini.

Katanya, ramai mendakwa hanya padi huma atau padi bukit sahaja yang mampu bertahan tanpa air untuk tumbuh dengan baik tetapi, padi yang ditanamnya membuktikan sebaliknya.

Ismail menjelaskan, kawasan yang ditanam padi itu berkeluasan 4,000 kaki persegi dengan jarak antara pokok kira-kira enam inci.

Antara kelainan tanaman padi yang diusahakannya ialah tidak mempunyai kemudahan tali air dan hanya menggunakan baja organik.

Dia memulakan penanaman pada 15 Mei menggunakan dua kilogram benih padi dan sebelum menanamnya, tanah digembur dan dicampurkan dengan baja organik.

Selepas itu, dia menaburkan benih dan membiarkannya tumbuh sebelum disusun semula mengikut jarak yang sesuai.

Jika keadaan terlalu kering, dia hanya menggunakan sumber air di kawasan penanaman menggunakan alat perenjis air (sprinkler).

Pada masa sama, dia menyemburkan larutan mikrogranisma berkesan (EM) kepada tanaman tetapi tidak terlalu kerap atau kira-kira sebulan selepas penanaman.

Seperti benih padi lain juga, dia boleh menuai dalam tempoh antara 110 dan 120 hari penanaman.

“Saya telah mengira kos penanaman padi ‘bukit’ ini yang mana jika diambil kira semua termasuk penanaman sendiri, (manual) rawatan EM untuk keluasan 4,000 kaki persegi, maka jumlahnya kira-kira RM120.

“Kos itu tidak termasuk upah menuai dan dan menggunakan mesin untuk menukarkannya kepada beras,’’ ujarnya.

Bagaimanapun katanya, kos tersebut dapat dikurangkan sekiranya kawasan penanaman diperluaskan.

Katanya, sejumlah 300 kilogram beras dapat dihasilkan untuk kawasan seluas itu yang mampu digunakan selama setahun untuk sebuah keluarga yang mengandung tujuh atau lapan orang.

Tanaman padi tersebut bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk mencari varieti tangkai yang lebih padat dengan padi.

Malah, dia juga sedang mencuba menanam padi tersebut di pasu bagi melihat ketahanannya.

Bagaimanapun, Ismail berharap kerajaan memberi peluang kepada pengusaha sepertinya supaya tidak terlalu ketat dalam kawalan jual beli padi.

Ini kerana, undang-undang tidak membenarkan hasil padi dijual kepada individu sebaliknya perlu ke kilang padi dan seterusnya dalam rantaian bekalan sedia ada.

Selepas lebih sedekad mencuba bermacam-macam kajian yang mungkin gila kepada sesetengah orang, Ismail berkata, beliau belum letih untuk terus mencuba.

Malah dengan kata-kata pegangan Alam Sebagai Guru, beliau akan terus mencuba menghasilkan sesuatu yang menarik kerana pada akhirnya ia untuk kebaikan.

Beliau juga akan sedang memikirkan untuk mengkomersialkan mana-mana produk yang dihasilkan itu untuk dikomersialkan bagi menjana keuntungan.

PROMOSI MINDATIF PLUS - Ubat Pandai

Promosi MINDATIF PLUS
MAKANAN KESIHATAN MINDA HOMEOPATHY
Untuk pekerja, pelajar, kanak2 dan ibu mengandung
Formula Oleh : DR (H) TAJUDDIN BABA

MINDATIF PLUS ADALAH MINERAL TISU BIOKIMIA. GABUNGAN PERUBATAN HOMEOPATHY DAN PERUBATAN ISLAM. RASANYA MANIS, MUDAH DIAMBIL DAN BERKESAN . Mengandungi:
Calcium Fosfat — membina tulang untuk kekal aktif & cerdas serta meredakan lemah dan sengal-sengal tulang.
Kalium Fosfat — membina sel-sel neuron otak untuk menguatkan ingatan, kepekaan, kecerdasan fikiran dan menguatkan hafalan.
Magnesium Fosfat — mengelakkan penyakit sawan, memulihkan kelesuan otak dan menguatkan sel-sel saraf tunjang.
Natrium Fosfat — menguatkan jantung untuk mengelakkan perasaan gementar, malu, takut, panik, berdebar-debar dan pemarah.
Ferum Fosfat — menambah dan menguatkan sel plasma darah agar nutrien dan oksigen dapat dihantar dengan lebih sempurna ke seluruh tubuh.

KHASIAT YANG TELAH TERBUKTI:
•MUDAH BANGUN TIDUR DAN CERDAS SEPANJANG HARI
•MENGUATKAN DAYA INGATAN & HAFALAN
•MENGHILANGKAN PERASAAN GEMURUH / TAKUT/ PANIK
•MERANGSANG MINAT UNTUK BELAJAR / MEMBACA
•MENINGKATKAN FOKUS, KREATIVITI & KEKUATAN BERFIKIR
•MELEGAKAN DEMAM, SELSEMA, GASTRIK & PENING
•MENGELAK NYANYUK & PELUPA (bagi orang dewasa)

PENGAKUAN PENGGUNA

PUAN ROSMIZA – KEM ISKANDAR, MERSING. 019 7896090
Anak saya darjah 2, seminggu mengamalkan MINDATIF PLUS, ALHAMDULILLAH telah menunjukkan perubahan iaitu menjadi seorang yang aktif, mudah bangun tidur dan berani tampil kehadapan bila disuruh cikgu. Anak saya yang berusia 6 tahun seorang yang hyperaktif, tetapi setelah diberi MINDATIF PLUS mengikut aturannya, sekarang telah menunjukkan perubahan, menjadi seorang yang mendengar kata dan arahan yang saya dan gurunya berikan. Terima Kasih MINDATIF PLUS.

CIKGU KHADIATON – SRI SAUJANA, KOTA TINGGI. 013 7691094
Pada mulanya saya ingatkan MINDATIF PLUS ni sama seperti produk lain sebab saya memang dah berikan produk minda homeopati jenama lain kepada anak saya selama ini. Tetapi saya tak sangka MINDATIF PLUS dengan izin Allah, telah memberi perubahan positif kepada anak saya walaupun dalam beberapa hari sahaja mengambilnya. Perubahan yang paling ketara adalah dia senang bangun bila dikejutkan berbanding keadaan sebelum ini. Minat belajar/membaca dah mula bertambah. Alhamdulillah, Syukur pada Allah. Terima kasih pada En. Zawawi yang perkenalkan MINDATIF PLUS pada saya.

EN KHAIRUL – NUSA DAMAI, PASIR GUDANG. 012 7720273
Anak saya berumur 12 tahun bersekolah di sek.tahfiz pasir gudang. Katanya, ingatannya menjadi lebih baik selepas mengamalkan MINDATIF PLUS dan lebih senang untuk menghafal ayat-ayat Al Quran. Beliau juga lebih mudah bangun pagi dan cergas sepanjang hari.

PUAN DARINA – CAHAYA MASAI, PASIR GUDANG.
Anak saya darjah 4, amat lemah dalam pelajaran, setiap kali ujian atau peperiksaan, 3 atau 4 matapelajaranya akan gagal(dakwat merah). Saya telah memberinya makan produk homeopati yang seakan mindatifplus ini tapi kesannya amat sedikit. Saya dipertemukan Allah dengan Mindatifplus ini pada bulan april 2008 di depan Sekolah Keb Kopok semasa promosi diadakan. Apabila saya membaca flyer yang diberi dan melihat harga promosi yang murah, hati saya tergerak untuk mencuba. Saya memberi anak saya makan 4 biji sekali makan pada waktu pagi sahaja dan menyuruhnya membaca ALAM NASHRAH….. Selepas 3 bulan, kesannya Alhamdulillah, peperiksaan setengah tahun baru-baru ini, hanya satu sahaja matapelajarannya yang gagal. Terima kasih Mindatifplus.

PUAN NOR – TAMAN RINTING, MASAI. 017 7087035
Anak saya berumur 10 tahun bersekolah di SK.Tmn Rinting 3. Selama 4 tahun belajar, beliau tidak pernah dapat nombor kurang dari 20, Alhamdulillah setelah mengamalkan Mindatifplus dan zikir ilmu selama sebulan lebih, peperiksaan pertengahan tahun baru2 ini, beliau dapat no 19. Syukur, anak saya dah mula menunjukkan peningkatan. Terima kasih kepada En. Zawawi yang memperkenalkan dan sudi menghantar setiap kali saya memesan Mindatifplus.

PUAN AZIE – TAMAN MAWAR, PASIR GUDANG. 019 7447536
Saya amat berpuashati dengan Mindatifplus ini kerana bukan sahaja produknya amat berkesan, tetapi agennya juga amat mementingkan service. Walaupun sebotol saya memesan, cikgu anita tetap menghantarnya. Anak saya sudah menunjukkan perubahan dalam pelajaran dan katanya dia kini senang menghafal dan mengingati apa yang dipelajarinya. Badannya juga sentiasa cergas dan dia nampak lebih ceria berbanding sebelum ini. Perubahan ini amat ketara setelah 3 bulan anak saya mengamalkan Mindatifplus ini.

IMAM YUSUF – MASJID BDR PENAWAR, KOTA TINGGI. 019 7227714
Saya diperkenalkan Mindatifplus ini pada April 2008 oleh En.Zawawi. Saya mengamalkan 5biji waktu pagi dan 5biji waktu malam. Alhamdulillah, orang dewasa macam saya pun dapat manfaaf daripada produk ini. Saya berasa senang dan cergas ketika bangun pagi dan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Ingatan dan fikiran juga menjadi lebih baik setiap hari. Syukur Alhamdulillah..


CARA PENGAMBILANNYA ADALAH DIKESIP / DIKEMAM BAWAH LIDAH SEBELUM TIDUR DAN SELEPAS BANGUN PAGI. Terbaik, bacakan surah al-insyirah atau berdoa mengikut agama masing-masing sebelum/ semasa mengambil mindatifplus
1.Elakkan mengambil minuman berkafien, teh , kopi, air gas atau nescafe sekurang-kurangnya ½ jam sebelum dan selepas mengambil Mindatif plus.
2Jangan disimpan dalam peti sejuk / di tempat panas / terdedah kepada sinaran matahari / berhampiran barangan elektrik.
3.Jangan dilangkah, digoncang terlalu kuat dan hindari bau-bauan.
4.Jangan dipegang dengan tangan. GUNAKAN SUDU PLASTIK ATAU PENUTUP BOTOL

ATURAN:
1 – 2 TAHUN : 1 BIJI 1 KALI SEHARI
3 – 5 TAHUN : 1 BIJI 2 KALI SEHARI
6 – 11 TAHUN : 2 BIJI 2 KALI SEHARI
12 – 15 TAHUN : 3 BIJI 2 KALI SEHARI
16 – DEWASA : 3 - 5 BIJI 2 KALI SEHARI
IBU MENGANDUNG : 3 BIJI 2 KALI SEHARI


Harga :
260 biji~ rm 28.00
120 biji ~ rm15.00
60 biji ~ rm8.00

Maklumat lanjut dan tempahan, hubungi

EN. ZAWAWI (Johor) ~ 019 7552437 / 012 7254204
CIKGU ANITA (P.Gudang) ~ 013 731870
Cikgu Md.Zaini ( K.Bharu/K.Krai) ~ 0129855174/0148115457
EN. NORAZLAN (Bachok) ~ 016 7441148
EN. KAMARUZZAMAN(JB) ~ 017 7634178

Monday, October 20, 2008

PMR 2008

PMR sudah selesai, tinggal lagi tunggu result, apa saja boleh jadi, tiada alasan lagi yang perlu disediakan. Hasilnya pasti setaraf dengan usaha guru, pelajar dan sekolah itu sendiri. Harap tidak menghampakan.