Sunday, June 15, 2008

makluman nutp

Perjumpaan Khas NUTP dengan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 27 Mei 2008

1. Semua Pensyarah di IPG dan Matrikulasi akan dinaikkan gred dari DG41 ke 44 / 48 / 52 / 54.
- NUTP dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia akan mempercepatkan prosesnya.
2. Guru Tingkatan 6.
- Bahagian Sumber Manusia akan memproses urusan kenaikan pangkat guru-guru tingkatan 6 apabila menerima semua dokumen dan senarai nama pemohon dari Jabatan Pelajaran Negeri.
3. Insentif Guru untuk kumpulan Guru DGA29 / 41.
- Ramai ahli hubungi NUTP mengenai surat pekeliling berkaitan dengan 3 tahun pengalaman mengajar untuk Guru DGA29 / 41.Sdr/Sdri diminta bersabar kerana NUTP dimaklumkan Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam diberi 3 bulan untuk menyediakan dokumen ini.



Borang Tawaran Option melanjutkan umur Persaraan ke 58 tahun akan dikeluarkan pada 1Julai 2008 kepada semua anggota sektor awam

Kumpulan guru gred DGA29 diberi pertimbangan kenaikan pangkat secara Time-Based dari DG41 ke DG44.

Kaedahnya:

3 tahun pengalaman di PPPLD diberi 1 tahun pengalaman mengajar untuk tujuan diatas.
Maksimum 3 tahun pengalaman diberi.

Contoh :

1. PPPLD 9 tahun
2. PPPLD 10 tahun
3. PPPLD 15 tahun


}


3 tahun pengalaman mengajar diberi

Makluman:

Jawatan Guru Cemerlang / Pengetua Cemerlang

Tempoh perkhidmatan Guru Cemerlang gred DGA29 ke DGA 32 dan gred DG41 ke DG44 dipendekkan daripada 7 tahun kepada 5 tahun.

Makluman:

Tuntutan Elaun Kritikal untuk Guru yang mengajar ketukangan

Untuk maklumat saudara / saudari Elaun Kritikal yang telah ditarikbalik pada awal tahun 2008 akan dibayar semula.Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan surat memberitahu tarikh kuatkuasa.

Harap maklum.

Lok Yim Pheng,
Setiausaha Agung NUTP

Peringatan Kebenaran mengikut Kursus Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Ahli-ahli NUTP diminta berhati-hati semasa mengikuti kursus PJJ / OUM.

• Semua kursus di ikuti perlu memohon kelulusan / kebenaran dari Bahagian Pendidikan Guru melalui Jabatan Pelajaran Negeri.
• Kursus PJJ mesti menepati opsyen sendiri dimaktab.

Harap maklum.

Lok Yim Pheng,
Setiausaha Agung NUTP

Pengumuman untuk Semua Ahli KPPK:

Isu Gaji DGA29 / DG41

Isu Gaji DGA29 / DG41 KPPKSM sedang memproses borang yang diterima. Dianggarkan jumlah borang terima sebanyak 3,000 set.Setelah mengemaskini borang mengikut kumpulannya KPPK akan kemukakan ke Kementerian Pelajaran Malaysia selewat-lewatnya pada bulan April 2008.

Harap maklum.

Lok Yim Pheng,
Setiausaha Agung NUTP